Visit here :)

Sunday, 14 July 2013

Resepi Triffle sempena Ramadhan :)

Salam Ramadhan pada semua kawan-kawan.. diharap Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelum-sebelumnya. Semoga ibadah kita kepada Allah semakin bertambah. alhamdulillah kali ini saya ingin kongsikan sedikit resepi sempena bulan puasa ini. boleh dijadikan sebagai pencuci mulut. :)


TRIFFLE

Bahan-bahan:

leyer 1
kek gulung
1 peket agar-agar putih                          
gula
leyer 2
1cawan tepung kastard
1 cawan air 
1 tin susu cair
4sb sudu gula

leyer 3
2 kotak jelly 
buah-buahan dalam tin


Cara-cara

1. potong kek gulung dan susun didalam bekas spt gmbar diatas (1). kemudian masak agar-agar dan masukkan dalam bekas tadi (2). --leyer 1-- biarkan ia keras sebentar

2. masukkan tepung kastard, air, susu cair, gula dan kemudian kacau diatas api yang kecil sehingga pekat. kemudian masukkan kastard ke dalam bekas tadi dengan rata. (3)

3. last sekali masak jelly(4) dan taburkan buah-buahan diatas jelly tadi(5). Ciap!! masukkan dalam peti ais.





Saturday, 16 March 2013

Muslimah


Zahir pakaian bukanlah pengukur iman seseorang, tetapi orang yang beriman itu pasti menjaga zahir berpakaian agar bertepatan dengan syariat Allah... :) Jum sama2 cover 'Aurah.. Menutup aurat itu lebih indah bukan??

Thursday, 14 February 2013

Orang yang paling jauh dengan Allah ialah orang yang berhati keras.. Na'uzubillah min zalik

Dalam satu hadis Rasulullah SAW. yang mulia, Baginda ada menyebut kepada kita,,
“Kurangkanlah kita daripada bercakap selain daripada berzikir kepada ALLAH Subahaanallahu Ta’ala, kerana orang yang banyak bercakap akan menyebabkan hatinya keras”,

Dan di hujungnya hadis tu NAbi S.AW sambung,
“Dan orang yang paling jauh daripada ALLAH, adalah orang yang hatinya keras…”

Kebahagiaan kita berbeza dengan kebahagiaan Mereka


Siapa yang mengatakan kepada kita bahawa sesungguhya ;
Muzik yang melalaikan,
Nyanyian yang mengasyikkan,
Filem-filem wayang yang merosakkan,
Pertunjukan teater yang mengkhayalkan,
Majalah-majalah yang tidak berfaedah,
Mendatangkan kebahagiaan dan kesenangan..??
Orang yang berkata seperti ini adalah PEMBOHONG..
Kerana semua ini adalah sarana yang Menjerumuskan, Membuka jalan kesedihan, Menjadi pintu kegundahan, Kecemasan dan kesedihan Hati..
Maka.. pergilah dari kehidupan yang menyengsarakan ini,
Kehidupan yang tiada gunanya..
Membuang-buang Waktu dan penuh dengan perkara yang bertentangan dari jalan Allah yang lurus.. Namun kemudian bertaubat darinya..
Marilah sama-sama membaca Al-Quran dengan Khusyuk,
Membaca Buku-buku yang bermanfaat,
Nasihat yang mengalirkan air mata,
Khutbah yang menyentuh hati,
Bersedekah yang menguntungkan,
Pergi ke Majlis-majlis Rohani,
Zikir-zikir Rabbani,
Dan bertaubat dengan sebenar-benarnya....
Semoga Allah menganugerahkan taubat kepada Kita sehingga Dia memenuhi hati kita dengan ketenangan. Kedamaian dan kebahagiaan..
_____________________________________________________________________
By: Dr. 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni. "Jangan bersedih jadilah Wanita yang paling bahagia"


Sunday, 16 December 2012

Like for this mOmEnt... ^_^ 12/12/2012


With friends... Bachelor of Sunnah Studies with Information Management
At Faculty of Quranic and Sunnah studies
Islamic Science University of Malaysia

Saturday, 15 December 2012

Doa yang diajar oleh Rasulullah SAW


Doa yang diajar oleh Rasulullah SAW:

عن عثمان بن أبي العاص - رضي الله عنه - أنه اشتكى إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : ( ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل : بسم الله ثلاثا ، وقل سبع مرات : 
 "أعوذ بعزة الله وقدرته من شر ما أجد وأحاذر "
( أخرجه الإمام أحمد والإمام مسلم وأبو داوود والترمذي والنسائي وابن ماجة )

Dari Utsman bin Abil Ash radhiallahu anhu bahwa dia mengadu kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam rasa sakit yang dirasakannya pada badannya sejak masuk Islam, maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ( Letakkan tanganmu pada tempat yang sakit dibadanmu dan ucapkanlah:

(Bismillah) sebanyak tiga kali, dan ucapkan sebanyak tujuh kali:

(A’udzu biizzatillahi wa qudratihi min syarri ma ajidu wa uhadziru)

Yang artinya: (Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaan-Nya dari keburukan apa yang aku jumpai dan aku khuatirkan ) Hadits dikeluarkan Imam Ahmad, Imam Muslim, Abu Dawud, Turmudzi, Nasa’ie dan Ibnu Majah.


_____Jom sama-sama kita amalkannya_____